KASIH PALESTIN
Sekitar Mei-Jun 2021 yang lepas, atas dasar kemanusiaan dan kesedaran dengan ujian yang menimpa saudara kita di Palestin, maka AGES Malaysia mengambil peluang untuk bersama-sama berkolaborasi dengan pihak kerajaan Malaysia dalam Sekretariat #Aid4Palestine yang merupakan satu inisiatif oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah iaitu YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Sekretariat ini berfungsi sebagai koordinator jaringan NGO dan masyarakat sivil bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, serta menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’.
Sekiranya anda ingin menyumbang kepada saudara seislam kita di Palestin, anda boleh terus menyumbang ke mana-mana akaun rasmi #Aid4Palestine seperti yang berikut:
MUSLIM CARE MALAYSIA
5644-9021-1159
CAKNA PALESTIN
5530-3803-3881
TABUNG PALESTIN-AMAL MALAYSIA
1305-3010-0064-74