Sempena Bulan Ramadan 1445H | 2024
Contest Video Tazkirah Pendek AGES Malaysia ialah satu program berbentuk pertandingan yang mencabar bakat serta kemahiran bercakap, kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat AGES Malaysia bersempena bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan.
Penyertaan bagi pertandingan ini dibuka bermula dari 1 Mac sehingga 20 Mac 2024 yang mensasarkan masyarakat di seluruh Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas termasuk ahli atau sukarelawan AGES Malaysia sendiri.
​
Pada 20 Mac 2024 lepas, penyertaan telah ditutup sepenuhnya dan bermula 24 Mac sehingga 30 Mac, jam 11.59 malam, para peserta akan dinilai sebanyak 50% melalui like yang diperoleh melalui ketiga-tiga media sosial AGES Malaysia. Manakala, 50% lagi diadili oleh juri di pihak kami.
​
Jadi, tunggu apa lagi. Jom LIKE video kegemaran anda!
HADIAH PEMENANG
Tawaran hadiah adalah seperti berikut:
TEMPAT PERTAMA
1x RM 200
e-Sijil Pemenang
TEMPAT KEDUA
1x RM 150
e-Sijil Pemenang
TEMPAT KETIGA
1x RM 100
e-Sijil Pemenang
SAGUHATI
2x RM 50
e-Sijil Pemenang
SEMUA PESERTA
Semua peserta yang menghantar karya akan mendapat e-Sijil Penyertaan
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 01 APRIL 2024